Fri Dec 20
Usaha Malaysia banteras rasuah dapat perhatian dunia
2024-11-21 HaiPress
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto RTM
KUALA LUMPUR,21 November-Usaha dan tindakan Malaysia dalam memerangi rasuah kini mulai mendapat perhatian antarabangsa.
Jelas Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,ini dibuktikan dengan permintaan Kerajaan Qatar untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merangka program membanteras rasuah di negara-negara Islam.
"Anti rasuah sekarang sudah meningkatkan imej kita,bukan saja daripada segi indeks persepsi rasuah,tapi pengiktirafan negara luar yang minta kita kerjasama.
"Minggu depan kerajaan Qatar minta satu rombongan utama membabitkan menteri dan SPRM untuk bekerjsama merangka program pembanterasan rasuah di negara Islam. Itu ditugaskan kepada SPRM atas pengiktirafan mereka," katanya demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Pendang,Datuk Awang Hashim pada sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu,Anwar turut menyentuh isu 3R dan keterbatasan sebagai faktor kemerosotan kedudukan negara dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024.
"Kita juga terikat dengan pandangan Raja Raja Melayu bahawa mereka tidak mahu.
"Dan tidak mengizinkan sebarang kecaman kepada di khalayak tanpa tindakan.
"Saya terima teguran Ahli Parlimen Pendang bahawa ada keperluan untuk memperbaiki persepsi-persepsi ini. Cuma kita ada keterbatasan",katanya.
Terdahulu,Malaysia berada di kedudukan ke-107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang diterbitkan olehReporters Without Borders(RSF) berbanding tangga ke-73 tahun lepas.
Kedudukan Malaysia kini menurun 34 anak tangga dengan mencatat 52.07 mata berbanding tahun sebelumnya iaitu 62.83 mata