Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-21
HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,21 November- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada hari ini disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM32.34 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM19.52 bilion.
Pada hari ini,bank pusat itu akan menawarkan masing-masing tiga tender repo berbalik iaitu RM2 bilion bagi tempoh tujuh hari,tender RM1.5 bilion untuk 32 hari dan tender RM1 bilion selama 92 hari serta tender repo berbalik Islam bernilai RM200 juta (perjanjian jual dan beli semula; SBBA) selama tujuh hari.
Selain itu,BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,SBBA dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar merangkumi tempoh selama seminggu,sebulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,bank pusat itu akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM36.8 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM19.7 bilion.- BERNAMA