Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-21
HaiPress

FOTO MAYBANK
KUALA LUMPUR,21 November- Maybank menganjurkan Forum Kewangan Mampan IIF-Maybank kedua bagi memacu kewangan mampan dan menyokong peralihan ekonomi rendah karbon melalui pembiayaan mampan.
Forum tersebut menampilkan kerjasama antara Institut Kewangan Antarabansga (IIF) dan Maybank,dengan tumpuan kepada penyahkarbonan perniagaan dan memperkukuh pelan peralihan mampan.
Menerusi kenyataan,syarikat kewangan itu memaklumkan,forum berkenaan menarik lebih 300 peserta dalam industri kewangan untuk bertukar pandangan dan perbincangan dalam menggalakkan amalan kewangan bertanggungjawab.
Antara topik yang dibincangkan termasuk laluan sifar bersih,pelaburan mampan,serta peranan kecerdasan buatan dalam kemampanan.
Bengkel interaktif turut diadakan untuk membincangkan modal alam,biodiversiti dan infrastruktur penyesuaian iklim.
Forum berkenaan merupakan kerjasama kedua syarikat perbankan ini dengan Institut Kewangan Antarabangsa (IIF),kesinambungan daripada kejayaan acaranya pertama yang diadakan pada 2023.