Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-22
HaiPress

Hujan lebat berterusan di daerah Larut,Matang dan Selama menyebabkan kawasan sekitar dinaiki air
IPOH,22 November - Satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Simpang Halt di daerah Larut,Matang dan Selama dibuka selepas daerah tersebut dilanda banjir malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan berkata,PPS itu menempatkan 66 penduduk terjejas banjir daripada 23 keluarga.
Sementara itu,Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air Sungai Rui di Jambatan Jalan Raya Perak (RHN),Hulu Perak mencatat tahap amaran iaitu setinggi 165.55 meter (m) berbanding paras normal 165.10 m.
Sementara itu,Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca di Perak berlaku ribut petir dan hujan pada sebelah petang serta malam.
Kebanyakan daerah yang terlibat adalah Larut,Matang dan Selama,Kerian,Perak Tengah,Hilir Perak,Kuala Kangsar serta Kinta.