Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-22
HaiPress

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,22 November- Lawatan hari kedua Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam,To Lam diteruskan dengan mengunjungi Universiti Malaya (UM).
To Lam tiba di U.M kira-kira pukul 9 pagi dan disambut oleh Naib Canselor UM,Profesor Datuk Seri Dr. Noor Azuan Abu Osman.
Selain itu,To Lam,akui dan memuji sumbangan cemerlang UM dalam bidang pendidikan serta penyelidikan yang memberi manfaat transformasi kepada seluruh rantau ASEAN.
Penekanan beliau terhadap UM dan kejayaan Malaysia,memberikan gambaran tentang betapa pentingnya pendidikan dan penyelidikan dalam memacu kemajuan serantau dan global.
Beliau turut menyatakan bahawa pembangunan UM adalah refleksi kejayaan Malaysia secara keseluruhan sejak mencapai kemerdekaan hampir tujuh dekad lalu.