Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-26
HaiPress

Anggota Bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa / Foto RTM
BACHOK,26 November - Seorang remaja ditemukan lemas selepas mandi-manda bersama rakan di tali air Kampung Padang Lati.
Perkara itu disahkan Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok,Pegawai Bomba Kanan 2,Lokman Yusoh.
Menurut beliau,seramai 14 anggota dari BBP Bachok dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pengkalan Chepa bergegas ke lokasi kejadian,selepas menerima panggilan kecemasan MERS 999 pada pukul 3.37 petang.
Anggota terlibat melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa di kawasan tepi tali air serta kawasan permukaan.
Lokman berkata,mangsa dikatakan terjun ke dalam tali air dengan memakai kain pelikat.
Mangsa yang dipercayai pandai berenang dilihat terkapai-kapai sebelum tenggelam dan lemas.
Mayat mangsa ditemukan pada pukul 4.13 petang di kawasan berhampiran.