Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-26
HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,25 Disember - Momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia diunjur berterusan bagi tempoh beberapa bulan akan datang berdasarkan Indeks Pelopor (IP) yang kekal positif.
Setakat September lalu,IP pertumbuhan tahunan 1.8 peratus,kepada 111.5 mata berbanding 109.5 mata bulan yang sama tahun sebelumnya.
Ini merupakan prestasi positif bagi bulan kesepuluh berturut-turut sejak Disember 2023. Sekali gus,menunjukkan kesinambungan pertumbuhan ekonomi negara.
Indeks Perindustrian Bursa Malaysia merupakan penyumbang utama kepada kenaikan,sebanyak 30.4 peratus. Bagaimanapun,prestasi bulanan IP menunjukkan penurunan sebanyak 2.6 peratus.
Melihat kepada trend jangka panjang,IP konsisten melepasi 100 mata mencerminkan pengembangan ekonomi disokong prestasi ekonomi domestik yang optimis.
Namun,cabaran global mungkin menimbulkan potensi risiko kepada trajektori pertumbuhan.
Sementara itu,Indeks Serentak yang mengukur prestasi ekonomi semasa,Indeks Serentak tumbuh 1.3 peratus,mencecah 125.6 mata.
Prestasi ini disumbangkan hampir kesemua komponen kecuali gaji dan upah benar dalam pembuatan yang menyusut 0.6 peratus.