Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-27
HaiPress

Datuk Seri Huang Tiong Sii / Foto RTM
KUALA LUMPUR,27 November – Hasil Kajian Dasar Pemetaan Utiliti Bawah Tanah (National Underground Utility Mapping Policy) sedang dalam proses dikemas kini dan ditambah baik sebelum dibentangkan untuk hala tuju seterusnya di peringkat Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata kajian tersebut kini dilaksanakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk tempoh dua tahun bermula Ogos 2023 hingga Ogos 2025.
“Kajian ini melibatkan beberapa kementerian,jabatan,Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),pengurus utiliti negeri dan agensi penyedia utiliti untuk mendapatkan input dan cadangan bagi penyediaan kerangka perundangan bagi pemetaan utiliti bawah tanah di negara ini,” katanya.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Wangsa Maju,Zahir Hassan,yang ingin mengetahui perkembangan terkini kajian berkenaan dalam sidang Dewan Rakyat,di sini.
Tambah Tiong Sii,kajian itu juga melibatkan semakan terhadap perlembagaan dan perundangan berkaitan sedia ada.