Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-27
HaiPress

Foto RTM
SIK,27 November - Seekor harimau dahan jantan yang berkeliaran di sekitar Kampung Lubuk Tualang berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Pengarah Perhilitan Kedah,Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata tangkapan itu dibuat selepas menerima aduan daripada penduduk kampung mengenai serangan harimau dahan itu terhadap haiwan ternakan mereka.
Beliau berkata pemeriksaan akan dilakukan terhadap harimau terbabit bagi mengetahui status kesihatan sebelum dipindahkan ke habitat yang jauh daripada penempatan manusia.
Abdul Malek berkata berdasarkan laporan yang diterima,beberapa kampung termasuk Kampung Chepir,Kampung Hujung Becah,Kampung Sik Dalam dan Kampung Kelian,turut mengalami serangan tersebut.
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar.
Sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Perhilitan melalui talian 1-800-88-5151.