Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-28
HaiPress

Foto PDRM
MERLIMAU,28 November - Tiga mangsa yang maut dalam kejadian kereta terbakar di Kampung Lanchang,Jalan Jasin-Merlimau pagi tadi disahkan pemandu teksi dan suami isteri penumpang warga emas.
Ketua Polis Daerah Jasin,Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata,kejadian berlaku pada pukul 9.09 pagi tadi.
Hasil siasatan awal,kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dari arah Jasin menghala ke Merlimau itu hilang kawalan,lalu terbabas dan melanggar tembok jambatan.
Akibat pelanggaran,kereta mengalami kebakaran dan menyebabkan kesemua mangsa yang berusia diantara 60 hingga 84 tahun maut terbakar seluruh badan.
Kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas tenaga gas asli (NGV) yang dipasang pada kenderaan berkenaan.
Mayat semua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.