Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-11-29
HaiPress

FOTO PDRM
BESUT,29 November- Seorang lelaki maut terperosok ke dalam longkang selepas motosikal ditunggang hilang kawalan di Kampung Gong Kepas Dalam,pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut DSP Md Sani Md Saleh berkata mayat Mohd Syafiq Mohd Nasir @Mazlan,36 tahun,ditemukan dalam longkang yang dipenuhi air di tepi jalan kira-kira pukul 7.50 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan.
“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Sidiq Che Omar di talian 011-31702709 bagi membantu siasatan.