Banjir Kelantan : Pasir Mas kekal catat penduduk terjejas paling ramai

2024-12-01     HaiPress

FOTO APM

PASIR MAS,1 Disember- Situasi terkini banjir di negeri Kelantan setakat pukul 12 tengah hari tadi menyaksikan seramai 97,099 orang penduduk terjejas banjir direkodkan.

Kesemua mereka terdiri daripada 30,053 keluarga itu kini berlindung di 282 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih aktif membabitkan sembilan daerah di negeri itu.

Jajahan Pasir Mas kekal paling ramai terkesan melebihi 29,000 orang,diikuti Tumpat 18,092 orang dan Kota Bharu 13,910 orang.

Manakala,jajahan Gua Musang pulih sepenuhnya apabila satu PPS di jajahan itu ditutup pagi tadi.

Daerah lain turut terkesan ialah Pasir Puteh,Kuala Krai,Tanah Merah,Bachok,Machang dan Jeli.

Sementara itu,kebanyakan paras air sungai utama di Kelantan menunjukkan trend menurun.

Bagaimanapun paras air di empat sungai masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Kusial Baru,Tanah Merah; Sungai Golok di Kuala Jambu,Tumpat; Sungai Kelantan di Kusial Tanah Merah dan Sungai Semerak di Pasir Puteh.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.