Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-01
HaiPress

Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menyampaikan bantuan untuk penduduk terjejas banjir di PPS Dewan Besar Kampung Baharu Dangi
KUALA PILAH,1 Disember- Sebanyak 10 keluarga penduduk terjejas banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Desa Dangi,Kuala Pilah akan menerima bantuan khas pasca banjir.
Ia berikutan struktur kediaman keluarga berkenaan dalam keadaan berlumpur tebal dan mengalami banyak kerosakan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah Kuala Pilah,Nawal Mohamed Amin,pihaknya akan melaksanakan operasi pembersihan bersepadu membabitkan pelbagai agensi lain dan sukarelawan.
"Sepuluh (10) mangsa kekal di sini,kita akan teruskan bantuan dibawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi berkaitan dari segi keselamatan. Insya-Allah mereka dapat bantuan sebaiknya disini",katanya kepada RTM di sini.
Tiga daripada empat PPS di Daerah Kuala Pilah ditutup hari ini berikutan keadaan cuaca semakin baik.