Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-01
HaiPress

FOTO FAIL
KANGAR,1 Disember - Penduduk terjejas di Perlis yang ditempat di dua pusat pemindahan sementara (PPS) hingga pukul 3.00 petang ini seramai 186 orang daripada 51 keluarga.
Jumlah itu berkurangan berbanding 226 orang daripada 62 keluarga awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Ku Chik Ku Mat Esa dalam kemaskini terkini memaklumkan,dua PPS yang masih aktif ialah PPS Dewan Warisan,Kangar dengan 108 penduduk daripada 32 keluarga.
"Manakala PPS SK Arau berkurangan kepada 78 penduduk daripada 19 keluarga.
"Dua lagi iaitu PPS SK Titi Tinggi dan PPS SK Guar Nangka telah ditutup jam 2.30 petang semalam," menurut Ku Chik.
Keadaan cuaca yang kembali cerah membolehkan lebih ramai penduduk terjejas banjir pulang ke kediaman masing-masing.