Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-02
HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,2 Disember- Seramai 29,572 pelawat asing telah dikenakan Notis Penolakan Masuk (NPM) dan berjaya dihantar pulang ke negara asal.
Timbalan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan tindakan pemeriksaan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan pelawat yang tiba adalah pelawat tulen.
"Perolehan Sistem Saringan Awal Penumpang (Advance Passenger Screening System - APS). Sistem ini membolehkan pengembara disaring lebih awal oleh bilik kawalan dan hanya pengembara tulen yang tidak mempunyai rekod jenayah/senarai syak sahaja akan dibenarkan terbang masuk ke Malaysia," kata Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar di Parlimen.
Beliau berkata demikian selepas menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jerai,Sabri Azit mengenai peratusan jumlah kemasukan warga asing di Dewan Rakyat,hari ini.
Tambahnya,setiap pelawat diwajibkan mengisiMalaysia Digital Arrival Card (MDAC) bagi memudahkan pengesanan warga asing
Selain itu,ia untuk memastikan pelawat mempunyai tiket keluar semasa pemeriksaan imigresen untuk mengelakkan mereka tinggal lebih masa.
Jumlah kemasukan pelawat asing suku pertama tahun 2024 adalah seramai 8.62 juta,dengan lima tertinggi dari negara Singapura,Indonesia dan Thailand.