Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-04
HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof ketika ditemui pemberita di Putrajaya
PUTRAJAYA,4 Disember - Pemberian peruntukan berkaitan bencana banjir akan melibatkan proses tertentu termasuk membuat penilaian dan mengenal pasti kawasan terjejas.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof berkata,kerajaan akan menumpukan kepada aspek pemulihan kerosakan bagi memastikan keperluan dan kepentingan awam terjamin sebelum memutuskan berhubung pemberian peruntukan.
"Semua kawasan nanti kita ada proses melihat pertama sekali kita tumpukan kepada pemulihan kerosakan,kemudahan,bangunan yang melibatkan keperluan dan kepentingan awam,tunggu selesai banjir baru diputuskan," kata Fadillah.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis peluncuran Putrajaya Urban Observatory (PUO) sempena Digital Putrajaya Exhibition and Conference (DiPEC) 2024,di sini.
Fadillah memberi maklum balas tersebut ketika diminta mengulas mengenai gesaan pihak pembangkang agar peruntukan segera disalurkan kepada kawasan ahli parlimen pembangkang yang terjejas banjir bagi membantu rakyat terlibat.