Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-04
HaiPress

Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,4 Disember- Kerajaan menzahirkan penghargaan atas keprihatinan sektor swasta dan korporat terhadapsumbangan mereka dalam membantu meringankan beban penduduk terjejas banjir di beberapa negeri ketika ini,kataPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan memaklumkan beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB),Petronas,Yayasan Hasanah,dan Pharmaniaga telah menyalurkan bantuan bernilai lebih RM10 juta,setakat Oktober lepas.
"Insya-Allah hari ini juga,saya akan menerima sumbangan bantuan banjir daripada syarikat swasta terkemuka dengan jumlah terkumpul lebih RM35 juta. Jadi di Dewan yang mulia ini,bagi pihak Dewan (Negara) saya ucapkan penghargaan kepada semua," katanya.
Anwar berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara di sini hari ini.
Dalam pada itu,Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan komited untuk memperkukuh kedudukan kewangan negara yang lebih mampan sambil memastikan dasar fiskal terus menyokong momentum pertumbuhan ekonomi negara.
"Belanjawan ketiga ini memperhebat usaha pembaharuan fiskal yang lebih tegas dan bersasar,yang akan terus mengimbangi usaha mengukuhkan kedudukan kewangan supaya lebih mampan.
"Pada masa sama,ia memastikan dasar fiskal tetap menyokong momentum pertumbuhan ekonomi negara. Langkah pertama adalah untuk mengurangkan kadar defisit secara konsisten dan berperingkat," katanya.
Tambahnya,kadar defisit dijangka menurun menjelang tahun 2025 kepada 3.8 peratus berbanding tahun ini yang mencatatkan 4.3 peratus.