Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-06
HaiPress

Foto Maritim Terengganu
KUALA BESUT,5 Disember - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga yang terjejas akibat banjir.
Pengarahnya Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata,sebanya 55 pek Bakul Ihsan MADANI diagihkan kepada 55 keluarga yang terdiri daripada 20 nelayan tradisional di Kampung Fikri,Setiu dan 35 keluarga komuniti maritim di Kuala Besut.
"Maritim Terengganu turut menggerakkan bantuan dalam bentuk tenaga kerja serta sumbangan keperluan asas dan kewangan kepada enam keluarga anggota Maritim Malaysia di Terengganu yang terjejas akibat bencana banjir," kata Khairulanuar.
Pek Bakul Ihsan MADANI berisi barang keperluan asas merupakan sumbangan serta usahasama berbentuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) antara Maritim Malaysia bersama-sama rakan strategik iaitu Glide Marine Sdn serta DWR Services Sdn Bhd.