Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-06
HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,6 Disember- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Jumaat berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM26.27 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM28.81 bilion.
Bank pusat itu akan menawarkan dua tender repo berbalik merangkumi RM3.0 bilion bagi tempoh tujuh hari,RM2.5 bilion selama 31 hari dan RM1.0 bilion bagi tempoh 90 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh seminggu,sebulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM32.8 bilion dan Murabahah semalaman sehingga RM28.8 bilion.- BERNAMA