Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-09
HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,6 Disember- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM30.35 bilion daripada RM26.27 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam susut kepada RM24.71 bilion daripada RM28.81 bilion sebelumnya.
Terdahulu,bank pusat menawarkan tiga tender repo berbalik.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh seminggu,satu dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang,bank pusat menawarkan RM30.3 bilion tender pasaran wang konvensional dan tender pasaran wang murabahah RM24.7 bilion,kedua-duanya untuk tempoh matang tiga hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 5 Disember 2024. -BERNAMA