Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-09
HaiPress

FOTO FAIL
KUALA LUMPUR,8 Disember - Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan.
Ia memandangkan prospek output yang lebih lemah pada beberapa minggu akan datang.
Peniaga minyak sawit berpendapat,pedagang akan memantau situasi banjir di Malaysia dan laporan bulanan bekalan serta permintaan minggu depan.
Pasaran menjangkakan output yang lemah bulan ini berikutan keadaan cuaca dan situasi banjir.
Situasi tersebut berkemungkinan menyumbang kepada harga komoditi yang lebih tinggi dan dijangka diniagakan antara RM5,100 dan RM5,250.
Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) pula menjangkakan pengeluaran minyak sawit Malaysia turun 10.33 peratus bagi tempoh 1 hingga 30 November 2024.