Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-10
HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,9 Disember- Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588),dilihat amat wajar seiring kepesatan teknologi yang kian serba canggih.
Presiden Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia,Tan Sri Musa Hassan berkata pindaan undang-undang itu perlu bagi menghalang ancaman siber seperti penipuan dalam talian dan buli siber daripada terus berleluasa.
"Berkaitan dengan kesalahan-kesalahan seperti jenayah siber yang mana selalu digunakan dalam media sosial untuk menipu orang ataupun sesuatu tindakan yang boleh membuat seseorang itu rasa tertekan.
Ini kerana dalam media sosial itu,kadang-kadang maklumat itu tadi palsu tetapi orang ini sampai bunuh diri.
Jadi,itu saya rasa kita perlu menentukan bahawa undang-undang itu tadi perlu digubal dengan baik sekali gus menghalang perkara yang sebutkan tadi berlaku," kata Tan Sri Musa.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditemu bual dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.