Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-11
HaiPress

K. Saraswathy / Foto RTM
KUALA LUMPUR,11 Disember-Kementerian Perpaduan Negara tidak bercadang memperkenal undang-undang baharu ataumenggubal akta sedia ada termasukAkta Keharmonian Negara.
Menurut Timbalan Menteri Perpaduan Negara,Senator K. Saraswathy,kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada.
"Undang-undang sedia ada perlu dibuat semakan semula bagi tujuan mengekang sesetengah ucapan atau kenyataan 'hate speech' atau perbuatan provokasi yang boleh memecahbelahkan masyarakat dengan sentimen perkauman atau agama.
"Maka,kementerian akan menyokong penuh hasrat tersebut (semakan semula undang-undang)," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Jelutong,RSN Rayer di Dewan Rakyat di sini.
Tambahnya,individu yang sengaja melakukan perbuatan atau mengeluarkan kenyataan yang menggugat perpaduan kaum dan agama akan berdepan tindakan tegas.