Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-11
HaiPress

Foto PUNB
KUALA LUMPUR,11 Disember-Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menawarkan penangguhan pembayaran pembiayaan selama enam bulan kepada rakan usahawan yang terjejas akibat banjir.
Menurut PUNB,inisiatif yang berkuat kuasa sejak hujung November lalu dianggarkan melibatkan nilai moratorium sebanyak RM5.4 juta.
"Setakat ini,65 rakan usahawan yang beroperasi di Terengganu,Kedah,dan Kelantan telah dikenal pasti terjejas.
"Pegawai Pemantau PUNB juga giat menghubungi usahawan untuk mendapatkan maklumat lanjut serta mempermudah proses tuntutan insurans," menurut kenyataan itu.
Proses mengenal pasti lebih ramai rakan usahawan yang terjejas masih diteruskan.
Usahawan turut disaran menghubungi pegawai pemantau masing-masing bagi mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat.
Selain itu,PUNB turut menawarkan pembiayaan perniagaan PROSPER SAFE dengan peruntukan sehingga RM350,000.