Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-11
HaiPress

Akmal Nasrullah Mohd Nasir / Foto RTM
KUALA LUMPUR,11 Disember-Projek pembinaan empangan bawah tanah di Padang Matsirat,Langkawi,Kedah kini berada di peringkat perolehan tender.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air,Akmal Nasrullah Mohd Nasir,menjelaskan bahawa Surat Setuju Terima (SST) bagi projek tersebut dijangka dikeluarkan pada suku kedua tahun hadapan.
"Melalui peruntukan sebanyak RM412.8 juta,projek ini diluluskan untuk meningkatkan kapasiti sumber bekalan air mentah.
"Empangan bawah tanah dengan kapasiti takungan 42.8 juta meter padu ini dijangka dapat menambah bekalan air sebanyak 40 juta liter sehari sehingga tahun 2040," katanya di Parlimen di sini.
Penyataan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Sungai Petani,Dr Mohammed Taufiq Johari mengenai perkembangan pelaksanaan projek berkenaan.