Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-11
HaiPress

Wan Norlee Wan Ismail
TUMPAT,11 Disember- Sebahagian daripada 180 buah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS di Kelantan telah memulakan operasi pembelajarandan kesemua premis itu dijangka dapat meneruskan sesi pembelajaran secara bersemuka pada minggu depan.
Pengarah KEMAS Kelantan Wan Norlee Wan Ismail berkata,daerah Tumpat merekodkan TABIKA paling banyak terjejas iaitu 31,selainPasir Mas dan Rantau Panjang.
Bagaimanapun TABIKA terjejas meneruskan pembelajaran menerusi kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
"Keseluruhan lah kalau kata tenggelam keseluruhan tenggelam memang totally lost lah jadi kita tengah kumpul maklumat berkaitan tu dan kita akan bawak kepada peringkat kementerian lah untuk kelulusan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada program Skuad Ihsan Madani KKDW di sini yang turut disertai50 kakitangan KEMAS.
Sementara itu mengenai persiapan menghadapi banjir gelombang kedua,pihaknya telah memaklumkan kepada semua guru terlibat untuk bersiap siaga dengan meletakkan peralatan yang masih selamat di tempat lebih tinggi.