Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-12
HaiPress

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Ewon Benedick
KUALA LUMPUR,12 Disember- Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN2030) akan dibentangkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat.
Jelas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Ewon Benedick berkata DFN2030 merupakan dasar komprehensif dan holistik bagi membangunkan ekosistem francais yang berdaya maju dan mampan.
"Ia merangkumi lima teras utama seperti menambah baik polisi dan tadbir urus,mempromosi francais sebagai model perniagaan pilihan,memantap kapasiti dan keupayaan usahawan francais,mengoptimum capaian bantuan kewangan kepada usahawan francais dan meningkatkan akses ke pasaran domestik dan antarabangsa," kata Datuk Ewon di Parlimen,hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bentong,Yong Shefura Othman mengenai hala tuju pembangunan industri francais.
Dewan turut dimaklumkan,seramai 3,565 usahawan direkodkan mendaftar melalui Sistem Malaysia Franchise Express 2.0 (MyFEX 2.0)
Ini merangkumi 1,310 francaisor dan 2,255 francaisi.