Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-12
HaiPress

Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek
KUALA LUMPUR,12 Disember- Seramai 7,645 calon berjaya ditawarkan pelantikan menerusi Urusan Pengambilan Guru 2024 bagi pasaran terbuka.
Menurut Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek,daripada jumlah itu,1,372 calon berjaya ditawarkan di Sarawak melalui Pengambilan Khas Sarawak 2024,berdasarkan keputusan temu duga yang diumumkan,semalam.
"KPM telah berjaya mengurangkan bilangan kekosongan guru di Sarawak sehingga 837 orang guru yang akan meningkatkan peratus pengisian guru di Sarawak kepada 98.06 peratus. KPM akan berusaha untuk memastikan kekosongan guru ini dapat diatasi dari semasa ke semasa.
Pada masa yang sama,keutamaan akan diberikan kepada guru kelahiran Sarawak untuk ditempatkan di negeri kelahiran mereka berdasarkan kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen," kata Fadhlina di Parlimen,hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Miri,Chiew Choon Man mengenai langkah mengatasi masalah kekurangan guru di Sarawak.
Setakat November 2024,seramai 13,749 guru baharu lantikan tetap serta lantikan Contract of Service (CoS) ditempatkan di sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.
Daripada jumlah itu,seramai 1,697 guru baharu telah ditempatkan ke Sarawak.