Banjir: Terengganu makin pulih, empat negeri terjejas

2024-12-12     HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,12 Disember- Seramai 290 penduduk terjejas banjir di Terengganu ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS),setakat pukul 2.00 petang tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu,angka itu menunjukkan trend penurunan berbanding 3,951 orang terjejas,pagi tadi.

"Hanya dua daerah terjejas,dengan Kemaman menempatkan 254 penduduk di empat PPS.

"Manakala Dungun,36 penduduk ditempatkan di satu PPS," menurut kenyataan itu.

Sementara itu,portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan bahawa 176 penduduk ditempatkan di dua PPS di Perak.

Angka itu bertambah,berbanding 34 orang ditempatkan di dua PPS pagi tadi.

"Di Manjung,142 orang terjejas daripada 42 keluarga.

"Manakala,Perak Tengah,34 orang daripada 11 keluarga terjejas," menurut kenyataan itu.

Angka penduduk terjejas banjir di Johor kekal seramai 139 orang daripada 38 keluarga di tiga PPS.

Di Pahang,sebuah PPS dibuka di Temerloh dengan menempatkan satu keluarga.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.