Fri Dec 20
Kerajaan komited perkasa Ekonomi Perak
2024-12-12 HaiPress
Majlis Anugerah MyPesara 2024 di Putrajaya
PUTRAJAYA,11 Disember- Kerajaan komited memperkasakan Ekonomi Perak dalam menghadapi cabaran populasi lanjut usia yang semakin meningkat.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,Malaysia harus mengutamakan pelaburan dalam Ekonomi Perak untuk membina infrastruktur diperlukan dan mendorong inovasi dalam teknologi.
Perkara itu juga sebagai memenuhi keperluan penduduk yang semakin menua.
"Sejajar dengan aspirasi MADANI,kami berhasrat untuk menerajui pertumbuhan ekonomi yang bukan sahaja mampan,tetapi inklusif,produktif dan fleksibel,tanpa menyisihkan mana-mana pihak.
"Terutamanya para pesara yang telah banyak berkorban masa,tenaga dan usaha kepada pembangunan negara," katanya.
Teks ucapannya dibacakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan,Datuk Johan Mahmood Merican pada Majlis Anugerah MyPesara 2024,di sini.
Ekonomi Perak merujuk kepada aktiviti ekonomi dan peluang pasaran berkaitan dengan populasi warga tua semakin meningkat.
Tambahnya,potensi warga emas berfungsi sebagai salah satu pemacu ekonomi masih belum diteroka sepenuhnya.
Justeru,kerajaan akan bekerjasama dengan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan,pihak swasta,pemain industri,badan bukan kerajaan dan juga persatuan untuk merancakkan Ekonomi Perak .
Sekali gus membantu merangka pelan tindakan komprehensif bagi mempelopori kaedah terbaik mengendalikan peralihan kepada negara menua pada masa akan datang.