Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-18
HaiPress

Timbalan Yang Dipertua MPSepang,Muhamad Shah Osmin (tengah)/Foto RTM
SEPANG,18 Disember- Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menjangkakan hasil kutipan cukai taksiran meningkat dari RM151 juta kepada RM191 juta pada tahun hadapan.
Menurut Timbalan Yang Dipertua MPSepang,Muhamad Shah Osmin,kenaikan itu susulan nilaian baharu cukai taksiran yang diputuskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berkuat kuasa 1 Januari 2025.
"Kalau ikutkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya dibenar menaikkan 25 peratus daripada nilaian sebenar manakala 75 peratus sebenarnya diberikan pengecualian oleh kerajaan negeri.
Maksudnya daripada segi kenaikan tersebut adalah 25 peratus sahaja. Sebagai contoh cukai taksiran sebelum ini adalah RM100 dan selepas nilaian semula menjadi RM200 tetapi dengan adanya had siling 25 peratus,daripada RM200,mereka hanya dikenakan cukai taksiran baharu RM125 sahaja," kataMuhamad Shah dalam sidang media,hari ini.
Tambahnya,selaras peningkatan hasil cukai taksiran ini,MPSepang akan terus berusaha mempertingkat keupayaan perkhidmatan lebih baik.
Antaranya penyediaan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti kemudahan awam,jalan raya,lampur jalan,perparitan dan taman awam yang diperlukan bagi memastikan kawasan kediaman sentiasa selesa,bersih dan selamat didiami.
Sebanyak 10 projek pembangunan telah dirancang pada tahun depan,antaranya pembangunan Kompleks Komuniti Kampung Dato Abu Bakar Baginda di Sungai Merab dengan peruntukan RM17.3 juta.
Selain itu,projek membina dan menyiapkan satu unit terminal bas tiga tingkat di Persiaran Multimedia,Cyberjaya membabitkan peruntukan RM12.2 juta juga akan dilaksanakan pada 2025.