Trend migrasi penduduk desa ke bandar makin berkurangan

2024-12-18     HaiPress

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,Datuk Rubiah Wang

KUALA LUMPUR,18 Disember- Trend aliran migrasi dalam negeri membabitkan penduduk dari desa ke bandar semakin berkurangan.

Pada tahun 2022,kadar migrasi tersebut mencatatkan 2.4 peratus,berbanding 3.0 peratus pada tahun 2020.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang memaklumkan,pihaknya sentiasa memastikan pembangunan di luar bandar dijalankan dengan kompetitif dan memenuhi keperluan penduduk.

Usaha ini dilaksanakan menerusi kerjasama dengan pelbagai pihak,selain merujuk data dan laporan. Antara fokusnya,ketercukupan infrastruktur asas dan kemudahan sosial agar setanding dengan kawasan bandar.

"Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berharap melalui kaedah-kaedah yang digunakan ini,pembangunan infrastruktur dan kemudahan sosial di luar bandar dapat setanding dengan kawasan bandar bagi membolehkan penduduk luar bandar menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan selaras dengan mereka yang tinggal di kawasan bandar",katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang Dewan Negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.