Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-18
IDOPRESS

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,18 Disember- Tiada syarat tambahan kepada warga emas bagi memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi kenyataan menafikan mesej yang tular ketika ini berhubung perkara itu.
Ia susulan terdapat mesej tular melalui platform media sosial berkenaan syarat tambahan kepada golongan warga emas perlu menjalani penilaian kompetensi dan kesihatan,sebelum memperbaharui LMM.
JPJ berkata proses pembaharuan LMM tersebut masih tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) pembaharuan Lesen Memandu Malaysia sedia ada bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Orang ramai juga diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap maklumat yang diterima.