Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-18
IDOPRESS

Foto Fail
KUALA LUMPUR,18 Disember- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) nafi dakwaan semua penjawat awam diwajibkan memiliki indeks jisim badan (BMI) seimbang mulai tahun hadapan,yang dinyatakan oleh seorang pengarah hospital di Sarawak.
Dalam satu kenyataan JPA menegaskan tiada arahan rasmi dikeluarkan mengenai perkara tersebut.
Bagaimanapun,JPA menggalakkan penjawat awam laksana saringan kesihatan kendiri dan merekodkan maklumat itu dalam sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS).
Langkah itu selaras dengan Pekeliling MyPPSM 2022 yang memperkenalkan inisiatif Perisytiharan Rekod Kesihatan Bagi Membudayakan Gaya Hidup Sihat sejak September 2022.
"Sehubungan itu,JPA turut mengingatkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan jabatan itu perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu.
Ini bagi mengelakkan salah faham dan penyebaran maklumat tidak tepat," kata kenyataan itu.
JPA kekal komited bekerjasama dengan KKM untuk menangani isu obesiti dalam kalangan penjawat awam.
Sekaligus menyokong usaha meningkatkan tahap kesihatan awam secara menyeluruh.