Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-19
HaiPress

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
KUALA LUMPUR,19 Disember- Penetapan kadar tol bagi projek Lebuhraya West Ipoh Span Expressway (WISE) dibuat berdasarkan kos pembinaan oleh syarikat konsesi.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata,perkara itu diambil kira berdasarkan reka bentuk serta skop kerja yang telah dimuktamadkan mengikut kadar semasa.
"Sebarang perubahan skop kerja yang melibatkan pertambahan kos pembinaan perlu ditanggung sepenuhnya syarikat konsesi seperti ditetapkan dalam perjanjian konsesi," katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar mengenai kadar tol bagi lebuhraya berkenaan.
Anggaran kos pembinaan bagi projek Lebuhraya (WISE) berjumlah RM4.5 bilion dan dijangka siap pada 2028.