Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-19
HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,18 Disember- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini,mencerminkan prestasi positif niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.
Kontrak semerta Disember 2024 menokok kepada US$2,650.60 setiap auns troy daripada US$2,643.30 setiap auns troy pada Selasa manakala Januari 2025 meningkat kepada US$2,663.70 setiap auns troy daripada US$2,656.40.00 sebelumnya.
Sementara itu,kontrak Februari 2025,Mac 2025 dan April 2025,semuanya ditutup tinggi pada US$2,673.90 setiap auns troy daripada US$2,666.60 semalam.
Jumlah dagangan menurun kepada enam lot daripada 26 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka merosot kepada 21 kontrak daripada 39 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 17 Dis,harga emas fizikal berada pada US$2,636.35 setiap auns troy.- BERNAMA