Mon Dec 30
TM, PETRONAS meterai MoU pacu transformasi digital
2024-12-19 IDOPRESS
Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,19 Disember – Telekom Malaysia (TM) dan PETRONAS melalui cabang digitalnya,PETRONAS Digital Sdn Bhd (PDSB),serta cabang tenaga bersihnya,Gentari STM Gentari Sdn Bhd (Gentari),hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memacu transformasi digital dan inovasi mampan di peringkat industri dan negara.
Kerjasama strategik itu akan membuka peluang kepada kedua-dua syarikat untuk meneroka aliran pendapatan baharu melalui pengembangan penawaran produk kepada pasaran perusahaan dan pengguna.
TM dan PETRONAS juga akan memanfaatkan teknologi pusat data,teknologi awan canggih,dan kesalinghubungan bagi memperkukuh pertumbuhan dan inovasi perniagaan tempatan.
Integrasi penyelesaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta Internet of Things (IoT) dijangka mampu mengoptimumkan perkhidmatan dan meningkatkan kecekapan operasi.
Selain itu,TM dan Gentari akan bekerjasama untuk meneroka integrasi tenaga bersih,termasuk tenaga solar dan pengecasan kenderaan elektrik (EV) di kemudahan-kemudahan TM,sejajar dengan komitmen ke arah kelestarian.
TM,PETRONAS,dan Gentari menyasarkan untuk menetapkan standard baharu dalam industri dengan memanfaatkan teknologi canggih dan amalan mampan,seterusnya mencipta pencapaian baharu dalam transformasi digital Malaysia.