Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-20
HaiPress

Anwar Ibrahim / Foto RTM
CHEMOR,20 Disember- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin Tanah Hitam di sini.
Anwar ketika mengadakan lawatan mahabbah dan kenduri rakyat di pusat pengajian itu tiba pada pukul 2.43 petang diiringi Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad.
Turut hadir pada majlis tersebut Penaung Pusat Pengajian Islam At-Tayyibin Datuk Dr. Haji Mohd Fadhillah Kamsah.
Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin mendapat kepercayaan dan kebenaran Jabatan Mufti Perak untuk dibangunkan di atas tanah wakaf Majlis Agama Islam Perak serta didaftarkan di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Jabatan Agama Islam Perak.
Pembangunan projek di atas tanah seluas 6.508 ekar melibatkan pembinaan rumah pondok moden setingkat,rumah berkembar setingkat,dewan kuliah dan kemasyarakatan serta kompleks pentadbiran.