Mon Dec 30
Sungai Kelaik dicemari, penduduk Orang Asli resah
2024-12-20 HaiPress
Penduduk Orang Asli di Kampung Kelaik,Pos Blau di Gua Musang masih bimbang menggunakan air Sungai Kelaik sebagai sumber utama kegunaan harian / Foto RTM
GUA MUSANG,20 Disember – Penduduk Orang Asli di Kampung Kelaik,Pos Blau di sini masih bimbang menggunakan air Sungai Kelaik sebagai sumber utama kegunaan harian,meskipun operasi kilang lombong bijih besi di kawasan itu telah dihentikan sementara untuk siasatan.
Penduduk mendakwa,mereka mengalami masalah kulit seperti gatal dan kemerahan selepas menggunakan air sungai tersebut.
Terbaharu,empat penduduk terpaksa menerima rawatan di Hospital Gua Musang akibat keadaan itu.
Penduduk kampung,Along Uda,menyatakan kebimbangannya terhadap pencemaran yang berlaku,terutama selepas aktiviti lombong dijalankan.
"Kalau orang kerja (lombong),air jadi warna merah. Kalau celup kaki,malam tak boleh tidur sebab rasa panas dan gatal. Doktor sudah periksa,tiga orang terkena," katanya.
Seorang lagi penduduk,Masdor Uda,berkata aktiviti perlombongan telah menjejaskan hidupan sungai,termasuk ikan yang menjadi sumber makanan mereka.
"Dulu banyak ikan. Lepas ada kilang,ikan semua hilang. Sekarang,kami bergantung kepada tanaman sendiri dan beli ayam atau ikan di kedai. Air hujan pun warna kuning," ujarnya.