Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-20
IDOPRESS

Dua lelaki maut dalam kemalangan tragis yang berlaku di Sekaloh Jalan Pan Borneo,Bintulu-Miri,awal pagi tadi / Foto RTM
MIRI,20 Disember – Dua lelaki maut dalam kemalangan tragis yang berlaku di Sekaloh Jalan Pan Borneo,awal pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak,insiden tersebut melibatkan sebuah lori kargo yang merempuh bahagian belakang lori treler yang diparkir di bahu jalan berhampiran Ladang Tiga Suai.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Bonaventure Jimmat,31,pemandu lori kargo dan kelindannya,Keeshen Marks Donald Bujang Nasil,26.
Kedua-duanya tersepit di bahagian hadapan lori akibat impak pelanggaran.
Pasukan bomba yang tiba di lokasi segera bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa.
Bagaimanapun,mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak berkuasa.
Mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Bomba memaklumkan menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 2.37 pagi.