Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-23
HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,23 Disember - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
Mudah tunai sistem konvensional melonjak kepada RM32.83 bilion daripada RM28.89 bilion pada sesi pagi,manakala mudah tunai dana Islam menyusut kepada RM24.14 bilion daripada RM24.79 bilion sebelumnya.
Awal hari ini,bank pusat menawarkan tiga tender repo berbalik,tender repo berbalik Islam dan tender repo berbalik semalaman.
Pada 4 petang,BNM mengumumkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM32.80 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM24.10 bilion,kedua-duanya dengan tempoh matang satu hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.01 peratus pada 20 Disember.-BERNAMA