Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-25
HaiPress

Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR,25 Disember- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Natal kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,hari ini.
Seri Paduka Baginda,bertitah semoga perayaan ini membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada mereka yang menyambut Hari Natal.
Sultan Ibrahim bertitah,masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum,agama dan budaya menjadi tunjang perpaduan negara.
Hari Natal atau Krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian.