Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-25
IDOPRESS

Lebih 500 jemaah hadir bagi memberikan penghormatan terakhir di Surau Al-Ikhlas sebelum proses pengebumian jenazah dijalankan
KAJANG,24 Disember - Lima ahli keluarga yang maut dalam kemalangan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi,Kajang,sekitar pukul 7.45 malam tadi.
Insiden tragis tersebut melibatkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya PLUS berhampiran Ayer Keroh malam tadi.
Jenazah Fadzlenna Ramli bersama-sama anak bongsunya,Muhammad Umar Khairul Ikhwan dikebumikan dalam satu liang lahad,manakala suaminya Khairul Ikhwan Mazupi,serta ibu bapa Fadzlenna ditempatkan di tiga liang lahad yang berasingan.
Lebih 500 jemaah hadir bagi memberikan penghormatan terakhir di Surau Al-Ikhlas sebelum proses pengebumian jenazah dijalankan.
Dalam kemalangan tersebut,pemandu bas persiaran Noorisnien Khamid serta seorang penumpang bas dari Singapura Lamrah Asid Ali turut terkorban.
Empat van jenazah digunakan untuk membawa kesemua jenazah ke tanah perkuburan.