Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-25
IDOPRESS

Foto RTM
CYBERJAYA,25 Disember- Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) serta Universiti Utara Malaysia (UUM) bekerjasama memperkasa penyelidikan dan pembangunan industri automotif negara.
Presiden PEKEMA,Datuk Mohamed Nazari Noordin berkata kerjasama itu melibatkan penyelidikan dalam strategi inovasi produk,penambahbaikan operasi dan penerokaan insentif cukai.
"Kajian dan penyelidikan terhadap industri 'kereta rekon' (recond car).
"Jadi,kami berharap dengan kerjasama yang djalinkan ini dapat memberi pespektif daripada segi akademik,dan ilmiah kepada terhadap industri ini," katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara PEKEMA bersama UUM di sini.
Sebagai simbolik sokongan kepada kerjasama itu,empat replika cek diserahkan kepada UUM.
Tiga daripadanya merupakan Geran Kajian Penyelidikan,manakala satu lagi penyerahan cek bagi membiayai Program Biasiswa Yayasan PEKEMA yang berjumlah RM32,000.