Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-27
HaiPress

Lima negeri utama mendominasi eksport Malaysia pada bulan lalu,menyumbang 83.7 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport negara / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,27 Disember – Lima negeri utama mendominasi eksport Malaysia pada bulan lalu,menyumbang 83.7 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport negara,menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia.
Pulau Pinang terus mengekalkan kedudukan sebagai pengeksport terbesar,dengan sumbangan sebanyak 36.4 peratus.
Negeri-negeri lain termasuk Johor,Selangor,Sarawak dan Kuala Lumpur.
Prestasi eksport negara bagi bulan tersebut mencatatkan nilai sebanyak RM126.6 bilion,meningkat sebanyak RM5 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.
Peningkatan itu dipacu oleh eksport lebih tinggi yang direkodkan di kebanyakan negeri.
Bagi import pula,jumlah keseluruhan meningkat sebanyak RM1.8 bilion berbanding November 2023,dengan Selangor menjadi penyumbang terbesar pada kadar 25.8 peratus,diikuti Pulau Pinang,Johor,Kuala Lumpur,dan Kedah.