Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-29
HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,27 Disember- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai sistem konvensional meningkat kepada RM28.00 bilion daripada RM27.50 bilion pada sesi pagi manakala mudah tunai dana Islam menokok kepada RM22.20 bilion daripada RM17.08 bilion.
Awal hari ini,bank pusat menawarkan tiga tender repo berbalik,tender repo berbalik Islam dan tender repo berbalik semalaman.
Pada 4.00 petang,BNM mengumumkan tender pasaran wang konvensional RM28.00 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM22.20 bilion,masing-masing dengan tempoh matang tiga hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 26 Disember. -BERNAMA