Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-29
IDOPRESS

FOTO IPD KUALA MUDA
GURUN,29 Disember- Seorang kelindan lori maut apabila lori dinaikinya terbabas dan melanggar papan tanda di kilometer 77.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berdekatan Gurun semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala MudaACP Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kemalangan turut mencederakan dua lagi mangsa,termasuk pemandu lori.
Beliau berkata,mangsa yang meninggal dikenali Mohamad Zulfiqry Zunaidi Abdullah 20 tahun beralamat di Senggarang Johor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Hasil siasatan awal yang dijalankan dalam kejadian kira- kira pukul 5.30 petangori berkenaan dipandu lelaki berusia 33 tahun hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan mengelungsur melanggar tiang papan tanda yang berada di kiri jalan.
"Akibat kemalangan,itu mangsa terperangkap di tempat duduk penumpang sebelah kiri," katanya menerusi kenyataan tersebut.
Mayat dibawa ke Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk proses bedah siasat.
Manakala dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Pendang untuk diberi rawatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.