Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2024-12-31
HaiPress

Kepengerusian ASEAN 2025 dijangka membawa peluang besar kepada Malaysia untuk memperkukuhkan diplomasi ekonomi secara lebih berkesan di peringkat serantau dan global / Foto Fail
KUALA LUMPUR,30 Disember – Kepengerusian ASEAN 2025 dijangka membawa peluang besar kepada Malaysia untuk memperkukuhkan diplomasi ekonomi secara lebih berkesan di peringkat serantau dan global.
Penganalisis geopolitik dan hubungan antarabangsa,Dr. Zokhri Idris berkata acara itu akan menjadikan Malaysia tumpuan bukan sahaja negara-negara ASEAN tetapi juga kuasa besar dunia.
“Dalam keadaan geopolitik yang semakin mencabar pada tahun-tahun mendatang,kita berharap Malaysia dapat menyeimbangkan ketegangan antara kuasa-kuasa ekonomi besar dunia sambil menyemarakkan ASEAN centrality.
"Ini bertujuan memastikan ASEAN kekal sebagai hub ekonomi yang stabil dan relevan di pentas dunia,” katanya.
Tambah Dr. Zokhri,Malaysia turut berpotensi meneroka lebih banyak pasaran di kalangan negara BRICS dan BRICS+ dengan membawa industri halal tempatan ke peringkat antarabangsa.
“Industri halal Malaysia berpeluang menembusi pasaran lebih luas,khususnya di negara-negara BRICS seperti China dan Afrika Selatan yang memiliki kuasa pembeli besar,” jelasnya.