Niaga hadapan emas ditutup rendah

2024-12-31     HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,30 Disember - Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dipengaruhi oleh ketidaktentuan dasar menjelang pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden Donald Trump.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kepada Bernama peniaga juga menunggu isyarat lebih jelas mengenai kitaran pelonggaran monetari Rizab Persekutuan AS.

Kos pinjaman yang lebih tinggi biasanya memberi kesan negatif kepada emas.

Kontrak semerta Disember 2024 menyusut kepada AS$2,610.50 setiap auns troy daripada AS$2,627.30 pada Jumaat lepas dan Januari 2025 merosot kepada AS$2,623.60 berbanding AS$2,650.50 pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan turun kepada 11 lot daripada 22 lot pada sebelumnya,manakala kepentingan terbuka susut kepada 29 kontrak daripada 38 kontrak sebelumnya.-BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.