Thu Feb 12
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
Wed Feb 11
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Mon Feb 09
2025-01-03
HaiPress

Foto hiasan
PETALING JAYA,3 Januari- Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori waspada bagi beberapa kawasan di Kelantan,Terengganu,Pahang dan Johor dalam tempoh 4 hingga 6 Januari 2025.
MET Malaysia menerusi kenyataan berkata kawasan terlibat di Kelantan ialah Tumpat,Pasir Mas,Kota Bharu,Jeli,Tanah Merah,Bachok,Machang,Pasir Puteh dan Kuala Krai serta seluruh Terengganu
Manakala,di Pahang melibatkan Jerantut,Maran,Kuantan,Pekan dan Rompin serta negeri Johor (Mersing dan Kota Tinggi).
Sementara itu,ribut petir,hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Selangor (Kuala Langat dan Sepang),Wilayah Persekutuan Putrajaya,Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) sehingga pukul 12.00 tengah hari ini.